Photobucket

salam ukhwah kepada semua,salam perkenalan dan salam persahabata...

Bismillahirahmaanirrahiim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillahi Rabbil A’laamiin,Pertama Sekali Kita Panjatkan Puji Kesyukuran Kita Kepada Allah Swt, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Hidayahnya Kepada Kita,Sehinggalah Kita Dapat Mengetahui Haq Dan Bathil,Halal Dan Haram. Juga Pada Saat Ini Kita Masih Lagi Diberikan Kesempatan Untuk Hidup Dimuka Bumi Ini.

Keduanya , Selawat Dan Salam Kita Curahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Mhammad Saw, Juga Segenap Kepada Ahli Keluarganya,Para Sahabat-Sahabatnya , Para Tabi’in Tabi’ahum Waman Tabi’ahum Bi Ihsanin Ila Yaumiddin,Para A’lim Ulama’ , Al,Ulama’ Warosatul Anbiya’, Dan Juga Kepada Semua Pejuang Agama Yang Telah Memperjuangkan Agama Allah Ini ,Sehinggalah Sampai Kepada Kita, Yang Masih Lagi Mendapat Cebisan-Cebisan Agama Ini. Atas Semua Amal Soleh Mereka,Niat Baik Mereka , Perjuangan Mereka, Kita Syukuri Dan Kita Doakan Semoga Allah Membalas Jasa Baik Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik. Aamiin..

Sabtu, 6 Ogos 2011

Tips mengenal atau menjadi seorang lelaki berbudi pekerti yang baik..





1. Beriman. Sikap dan syahsiah diri  yang menunjukan keyakinan dengan adanya Tuhan. Hal ini diwujudkan dengan taat beribadah dan berakhlak sesuai dengan syariat  agama.

2. Berfikir Matang. Sikap dan syahsah diri  yang menunjukan kemampuan berfikir secara  objektif  dan mampu mengendalikan prasangka serta berfikiran yang terbuka .

3. Bekerja Keras. Sikap dan syahsiah diri  yang suka berbuat positif, tidak suka berpaling tangan. Gigih dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

4. Bertanggung Jawab. Sikap dan syahsiah diri yang berani menanggung segala akibat dari perbuatan atau tindakan yang dilakukannya.

5. Berfikiran Jauh ke hadapan. Sikap dan syahsiah diri yang mamandang sesuatu untuk jangka panjang. Dengan semua  tindakan yang dilakukan, memikirkan akibatnya tidak hanya untuk hari ini, tetapi untuk hari esok yang lebih baik.

6. Berhati Lembut. Sikap dan syahsiah diri  yang menunjukkan kehalusan perasaan terhadap keadaan orang lain,

7. Jujur. Sikap dan syahsiah diri yang tidak suka berbohong, curang, juga dalam  berkata apa adanya dan berani mengakui kesalahan.

8. Pemaaf. Sikap dan syahsiah  diri  yang suka memeberi kemaafan atas kesalahan orang lain dan tidak memendam rasa atas kesalahan orang lain.

9. Rendah Hati. Sikap dan syahsiah diri  tidak suka menonjolkan dan bangga diri, walaupun hakikat kenyataannya lebih dari orang lain.

10. Sikap Adil. Sikap dan syahsiah diri  yang tidak berat sebelah dalam memepertimbangkan keputusan, tidak memihak dan menggunakan perbandingan yang sama bagi semua pihak

11. Tegas. Sikap dan syahsiah diri yang tidak  ragu-ragu. Berani mengambil keputusan pasti ,dengan segala risiko yang akan di hadapi walaupun dalam keadaan susah.

12. Tekun. Sikap dan syahsiah diri  yang menunjukan kesungguhan dalam pekerjaan, penuh daya tahan dan sesuai dengan kemampuan serta tetap bersemangat dalam melakukan sesuatu.

13. Menepati Janji. Sikap dan syahsiah diri  yang menunjukan berpegang  pada janji dan bertanggung jawab dalam melaksanakan apa yang telah dipersetujui, baik pada diri sendiri mahupun bersama orang lain..

14. Terbuka. Sikap dan syahsiah diri yang menunjukan keterbukaan dalam menerima pendapat  bahkan kritikan dari orang lain

15. Sabar. Sikap dan syahsiahnya  yang menunjukan kemampuan mengendalikan diri dan tetap bertahan seperti keadaan semula dalam menghadapi berbagai masalah.

16. Rasa Kasih Sayang. Sikap dan syahsiahnya yang menunjukan kepekaan, ihsan  dan belas kasihan kepada orang lain.

17. Berdikari. Sikap dan syahsiah diri  yang lebih mengendalikan sesuatu mengikut kemampuan dan bertanggung jawab sendiri

18. Menghargai Karya Orang Lain. Sikap dan syahsiahnya  menghargai hasil karya orang lain.

19. Berdisiplin. Sikap dan syahsiahnya  menghargai tata tertib yang terdapat dalam sesuatu peraturan.

20. Hemat. Sikap dan perilaku yang menghargai dan memanfaatkan waktu, dana dan pikiran sesuai kebutuhan serta tidak menggunakan sesuatu secara berlebihan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan