Photobucket

salam ukhwah kepada semua,salam perkenalan dan salam persahabata...

Bismillahirahmaanirrahiim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillahi Rabbil A’laamiin,Pertama Sekali Kita Panjatkan Puji Kesyukuran Kita Kepada Allah Swt, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Hidayahnya Kepada Kita,Sehinggalah Kita Dapat Mengetahui Haq Dan Bathil,Halal Dan Haram. Juga Pada Saat Ini Kita Masih Lagi Diberikan Kesempatan Untuk Hidup Dimuka Bumi Ini.

Keduanya , Selawat Dan Salam Kita Curahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Mhammad Saw, Juga Segenap Kepada Ahli Keluarganya,Para Sahabat-Sahabatnya , Para Tabi’in Tabi’ahum Waman Tabi’ahum Bi Ihsanin Ila Yaumiddin,Para A’lim Ulama’ , Al,Ulama’ Warosatul Anbiya’, Dan Juga Kepada Semua Pejuang Agama Yang Telah Memperjuangkan Agama Allah Ini ,Sehinggalah Sampai Kepada Kita, Yang Masih Lagi Mendapat Cebisan-Cebisan Agama Ini. Atas Semua Amal Soleh Mereka,Niat Baik Mereka , Perjuangan Mereka, Kita Syukuri Dan Kita Doakan Semoga Allah Membalas Jasa Baik Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik. Aamiin..

Selasa, 2 Ogos 2011

KEJUJURAN SAUDAGAR PERMATA



Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman tabi'in bernama Yunus Bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga  kedainya kerana ia akan keluar untuk mengerjakan solat. Ketika itu, datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang di amanahkan oleh tuannya tadi.

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya dengan empat ratus dirham, saudara kepada Yunus menunjukkan satu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus Bin Ubaid . Yunus Bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dikedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu," Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."

"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya dapat saya kembalikan wang selebihnya kepada saudara. " Kata saudagar Yunus lagi.

"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus  dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."

Tetapi saudagar Yunus tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut ke kedainya  dan bila tiba, dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak berasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan harga dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

" Tetapi dia sendiri yang mahu membeli dengan harga empat ratus dirham."Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia di pihak yang benar.

Kata saudagar Yunus lagi, "Ya di belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara  kita sama seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat.  Kerana ini menunjukkan keperibadian seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

  • Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda, " Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki, dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah  didalam keadaan tidak seorang pun  dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat oleh lima imam kecuali imam Nasa'i)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan