salam ukhwah kepada semua,salam perkenalan dan salam persahabata...

Bismillahirahmaanirrahiim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillahi Rabbil A’laamiin,Pertama Sekali Kita Panjatkan Puji Kesyukuran Kita Kepada Allah Swt, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Hidayahnya Kepada Kita,Sehinggalah Kita Dapat Mengetahui Haq Dan Bathil,Halal Dan Haram. Juga Pada Saat Ini Kita Masih Lagi Diberikan Kesempatan Untuk Hidup Dimuka Bumi Ini.

Keduanya , Selawat Dan Salam Kita Curahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Mhammad Saw, Juga Segenap Kepada Ahli Keluarganya,Para Sahabat-Sahabatnya , Para Tabi’in Tabi’ahum Waman Tabi’ahum Bi Ihsanin Ila Yaumiddin,Para A’lim Ulama’ , Al,Ulama’ Warosatul Anbiya’, Dan Juga Kepada Semua Pejuang Agama Yang Telah Memperjuangkan Agama Allah Ini ,Sehinggalah Sampai Kepada Kita, Yang Masih Lagi Mendapat Cebisan-Cebisan Agama Ini. Atas Semua Amal Soleh Mereka,Niat Baik Mereka , Perjuangan Mereka, Kita Syukuri Dan Kita Doakan Semoga Allah Membalas Jasa Baik Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik. Aamiin..

Ahad, 1 Julai 2012

BIOGRAFI IMAM IBNU MAJAH





Nama: Muhammad bin Yazid bin Majah al Qazwini.
Nama-nama yang lebih familiar adalah Ibnu Majah iaitu laqab bapanya (Yazid). Bukan nama datuk beliau.
Kuniyah beliau: Abu 'Abdullâh
Nasab beliau:
1. Ar Rib'i, merupakan nisbah wala `kepada Rabi'ah, iaitu satu kabilah arab.
2. al Qazwini adalah nisbah kepada Qazwin iaitu nisbah kepada salah satu bandar yang terkenal di kawasan 'Iraq.
Tarikh lahir:
Ibnu Majah menuturkan tentang dirinya; "aku dilahirkan pada tahun 209 hijirah. Rujukan-rujukan yang ada tidak memberikan ketetapan yang pasti, di mana Ibnu Majah di lahirkan, akan tetapi masa pertumbuhan beliau berada di Qazwin. Maka boleh jadi Qazwin merupakan tempat tinggal beliau.
Aktiviti beliau dalam menimba ilmu
Ibnu majah memulakan aktiviti menuntut ilmunya di negeri tempat tinggalnya Qazwin. Akan tetapi sekali lagi rujukan-rujukan yang ada sementara tidak menyebutkan bila beliau memulakan menuntut ilmunya. Di Qazwin beliau berguru kepada Ali bin Muhammad at Thanafusi, dia adalah seorang yang tsiqah, berwibawa dan banyak meriwayatkan hadis. Maka Ibnu Majah tidak menyiakan kesempatan ini, dia memperbanyakan mendengar dan berguru kepadanya. At Thanafusi meninggal pada tahun 233 hijriah, ketika itu Ibnu Majah berumur sekitar 24 tahun. Maka boleh diambil kesimpulan bahawa permulaan Ibnu Majah menuntut ilmu adalah ketika dia berumur dua puluh tahun. Ibnu Majah rasa terpanggil untuk menuntut ilmu, dan dia berasa tidak puas dengan hanya tinggal di negerinya, maka beliaupun mengadakan rehlah ilmiahnya ke sekitar negeri yang berhampiran dengan negerinya, dan beliau mendengar hadis dari negeri-negeri tersebut.

Rehlah beliau
Ibnu Majah meniti jalan ahli ilmu pada zaman tersebut, iaitu mengadakan rehlah dalam rangka menuntut ilmu. Maka beliau pun keluar meninggalkan negerinya untuk mendengar hadis dan menghafal ilmu. Berkeliling ke negeri-negeri islam yang menyimpan mutiara hadis. Bakat dan minatnya di bidang Hadis makin besar. Hal inilah yang membuat Ibnu Majah berkelana ke beberapa daerah dan negeri,yang mana digunakan untuk mencari, mengumpul, dan menulis Hadis.
Puluhan Negera telah beliau kunjungi, antara lain:
Khurasan; Naisabur dan yang lain
1. Ar Ray
2. Iraq; Baghdad, Kufah, Wasith dan Basrah
3. Hijaz; Makkah dan Madinah
4. Syam; Damasqus dan Himsh
5. Mesir

Guru-guru beliau
Ibnu Majah sama dengan ulama-ulama pengumpul hadis lain, beliau mempunyai guru yang sangat banyak sekali. Diantara guru beliau adalah;
1. 'Ali bin Muhammad ath Thanâfusî
2. Jabbarah bin AL Mughallas
3. Mush'ab bin 'Abdullah az Zubair
4. Suwaid bin Sa'îd
5. Abdullâh bin Muawiyah al Jumahi
6. Muhammad bin Ramh
7. Ibrahim bin Mundzir al Hizami
8. Muhammad bin Abdullah bin Numair
9. Abu Bakr bin Abi Syaibah
10. Hisyam bin 'Ammar
11. Abu Sa'id Al Asyaj
Dan yang lain.

Murid-murid beliau
Keluasan 'ilmu Ibnu Majah para penuntut ilmu yang haus akan ilmu berkeliling dalam majlis yang beliau dirikan. Maka sangat banyak sekali murid yang mengambil ilmu darinya, di antara mereka adalah;
1. Muhammad bin 'Isa al Abhari
2. Abu Thayyib Ahmad al Baghdadi
3. Sulaiman bin Yazid al Fami
4. 'Ali bin Ibrahim al Qaththan
5. Ishaq bin Muhammad
6. Muhammad bin 'Isa ash Shiffar
7. 'Ali bin Sa'îd al' Askari
8. Ibnu Sibuyah
9. Wajdi Ahmad bin Ibrahim
Dan yang lain.

Pandangan para ulama terhadap beliau
1. Al HafizhAl Khalili menuturkan; "(Ibnu Majah) adalah seorang yang tsiqah kabir, muttafaq 'alaih, boleh di jadikan sebagai hujjah, mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam masalah hadis, dan hafalan."
2. Al Hafizh Adz Dzahabi menuturkan; "(Ibnu Majah) adalah seorang hafizh yang agung, hujjah dan ahli tafsir."
3. Al Mizzi menuturkan; "(Ibnu Majah) adalah seorang hafizh, pemilik kitab as sunan dan beberapa hasil karya yang bermanfaat."
4. Ibnu Katsîr menuturkan: "Ibnu Majah adalah pemilik kitab as Sunnan yang Masyhur. Ini menunjukkan 'amalnya,' ilmunya, keluasan pengetahuannya dan kedalamannya dalam hadis serta ittibâ'nya terhadap Sunnah dalam hal perkara-perkara dasar mahupun cabang.

Hasil karya beliau
Ibnu Majah adalah seorang ulama penyusun buku, dan hasil karya beliau cukuplah banyak. Akan tetapi sayangnya, bahawa buku-buku tersebut tidak sampai ke kita. Adapun diantara hasil karya beliau yang dapat di ketahui sekarang ini adalah:
1. Kitab as-Sunan yang masyhur
2. Tafsîr al Quran al Karim
3. Kitab At Tarikh yang mengandungi sejarah mulai dari masa ash-Shahabah sampai masa beliau.

Wafatnya beliau
Beliau meninggal pada hari Isnin, tarikh dua puluh satu Ramadhan tahun dua ratus tujuh puluh tiga hijrah. Di kuburkan esok harinya pada hari selasa. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat dan keredhaan-Nya kepada beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan