• Al jarhu wa ta'dil: Kenyataan adanya cela dan cacat, dan per-nyataan adanya "al-Adalah" dan "hafalan yang bagus" pada seorang rawi hadis.
• At Ta'dil: Kenyataan adanya "al-Adalah" pada diri seorang rawi hadis.
• Al Jarhu: Celaan yang dialamatkan pada rawi hadis yang boleh mengganggu (atau bahkan menghilangkan) berat predikat "al-Adalah" dan "hafalan yang bagus", dari dirinya.
• Tsiqah: boleh dipercayai, di mana pada diri seorang rawi terkumpul sifat al-Adalah dan adh-dhabt (hafalan yang bagus).
• Rawi La Ba `sa Bihi: Rawi yang masuk dalam kategori tsiqah.
• Jayyid: Baik
• Layyin: Lemah.
• Majhul: Rawi yang tidak diriwayatkan darinya kecuali oleh seorang sahaja.
• mubham: Rawi yang tidak diketahui nama (identiti) nya.
• mudallis: Rawi yangi melakukan tadlis.
• Rawi Mastur: Sama dengan Majhul al-Hal (Rawi yang tidak diketahui jati dirinya).
• Perawi Matruk: Perawi yang dituduh berdusta, atau perawi yang banyak melakukan kekeliruan, sehingga periwayatanya bertentangan dengan periwayatan perawi yang tsiqah. Atau perawi yang sering meriwayatkan hadis-hadis yang tidak dikenali (gharib) dari perawi yang terkenal tsiqah.
• Rawi Mudhtharib: Rawi yang menyampaikan sejarah secara tidak tepat, di mana riwayat yang disampaikannya kepada rawi-rawi di bawahnya berbeza antara yang satu dengan yang lain, yang menyebabkan tidak boleh ditarjih; riwayat siapa yang mahfuzh (terjaga).
• Rawi Mukhtalith: Rawi yang akalnya terganggu, yang menye-babkan hafalannya menjadi campur aduk dan ucapannya menjadi tidak teratur.
• Rawi yang tidak dijadikan sebagai hujjah: Rawi yang haditsnya diriwayatkan dan ditulis tapi haditsnya tersebut tidak boleh dijadikan sebagai dalil dan hujjah.
• Saqith: Tidak berharga kerana terlalu lemah (parahnya illat yang ada di dalamnya).
• Tadh'if: Kenyataan bahawa hadis atau perawi berkenaan dha'if (lemah).
• Tahqiq: Penelitian ilmiah secara saksama tentang suatu hadis, sehingga mencapai kebenaran yang paling tepat.
• Tahsin: Kenyataan bahawa hadis berkenaan adalah hasan.
• Ta'liq: Ulasan, atau penjelasan terhadap sesuatu potongan kalimat, atau darjat hadis dan sebagainya yang biasanya berbentuk cacatan kaki.
• Takhrij: Mengeluarkan suatu hadis dari sumber-sum-bernya, ini memberikan hukum atasnya; sahih atau dhaif.
• Syahid: Hadis yang para rawinya ikut serta meriwayatkannya bersama para rawi suatu hadis, dari segi lafaz dan makna, atau makna sahaja; dari sahabat yang berbeza.
• Syawahid: Hadis-hadis penyokong, jamak dari kata syahid.Haditsnya layak dalam kapasiti syawahid, ertinya, boleh diterima apabila ada hadis lain yang memperkuatnya, atau sebagai yang me-nguatkan hadis lain yang setaraf dengannya.
• Mutaba'ah: Hadis yang para rawinya ikut serta meriwa-yatkannya bersama para rawi suatu hadis gharib, dari segi lafaz dan makna, atau makna sahaja; dari seorang sahabat yang sama.
Rujukan Senarai Istilah:
1. Taisir Mushthalah al-Hadis, Dr. Mahmud ath-Thahhan.
2. Manhaj an-Naqd Fi Ulum al-Hadis, Dr. Nuruddin Ithir.
3. Shahih targhib 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan