Photobucket

salam ukhwah kepada semua,salam perkenalan dan salam persahabata...

Bismillahirahmaanirrahiim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillahi Rabbil A’laamiin,Pertama Sekali Kita Panjatkan Puji Kesyukuran Kita Kepada Allah Swt, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Hidayahnya Kepada Kita,Sehinggalah Kita Dapat Mengetahui Haq Dan Bathil,Halal Dan Haram. Juga Pada Saat Ini Kita Masih Lagi Diberikan Kesempatan Untuk Hidup Dimuka Bumi Ini.

Keduanya , Selawat Dan Salam Kita Curahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Mhammad Saw, Juga Segenap Kepada Ahli Keluarganya,Para Sahabat-Sahabatnya , Para Tabi’in Tabi’ahum Waman Tabi’ahum Bi Ihsanin Ila Yaumiddin,Para A’lim Ulama’ , Al,Ulama’ Warosatul Anbiya’, Dan Juga Kepada Semua Pejuang Agama Yang Telah Memperjuangkan Agama Allah Ini ,Sehinggalah Sampai Kepada Kita, Yang Masih Lagi Mendapat Cebisan-Cebisan Agama Ini. Atas Semua Amal Soleh Mereka,Niat Baik Mereka , Perjuangan Mereka, Kita Syukuri Dan Kita Doakan Semoga Allah Membalas Jasa Baik Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik. Aamiin..

Isnin, 2 Julai 2012

BIOGRAFI IMAM MUSLIM





Nama: Muslim bin al Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi
Kuniyah beliau: Abdul Husain
Nasab beliau:
1. Al Qusyairi; merupakan nisbah kepada Qabilah afiliasi beliau, ada yang mengatakan bahawa Al Qusyairi merupakan orang arab asli, dan ada juga yang berpendapat bahawa nisbah kepada Qusyair merupakan nisbah perwalian saja
2. An Naisaburi; merupakan nisbah yang di tujukan kepada negeri tempat beliau tinggal, iaitu Naisabur. Satu kota besar yang terletak di daerah Khurasan
Tanggal lahir:
Para ulama tidak dapat memastikan tahun kelahiran beliau, sehingga sebahagian dari mereka ada yang berpendapat bahawa tahun kelahirannya adalah tahun 204 Hijriah, dan ada juga yang berpendapat bahawa kelahiran beliau pada tahun 206 Hijriah.
Ciri-ciri beliau:
Beliau mempunyai watak yang tegap, berambut dan berjanggut putih, menjuntaikan ujung ‘imamahnya diantara dua punggungnya.
Kegiatan beliau dalam menimba ilmu
Sesungguhnya lingkungan tempat membesarnya imam Muslim memberikan peluang yang sangat luas untuk menuntut ilmu yang bermanfaat, kerana Naisabur merupakan tempat hidup yang penuh dengan peninggalan ilmu dari pemilik syari’at.
Semua itu terjadi kerana banyaknya orang-orang yang sibuk untuk memperoleh ilmu dan memindahkan ilmu, maka besar kemungkinan bagi orang yang lahir dikalangan masyarakat seperti ini akan membesar dengan ilmu juga. Adanya kesempatan yang terpampang luas dihadapan Imam Muslim kecil untuk memetik dari buah-buah ilmu syariat tidak di sia-siakannya.
Maka dia mendengar hadits di negerinya yang dia duduki pada tahun 218 Hijriah dari gurunya Yahya bin Yahya At Tamimi, pada saat itu umurnya melangkah empat belas tahun.
Dan boleh jadi juga orang tuanya serta ahli keluarganya turut ikut serta dalam memotivasinya untuk menuntut ilmu. Para ulama telah menceritakan bahawa orang tuanya, Al Hajaj adalah dari kalangan masyaikh, iaitu termasuk dari kalangan orang yang memperhatikan ilmu dan berusaha untuk memperolehnya.
Muslim mempunyai kesempatan untuk mengadakan perjalanan hajinya pada tahun 220 Hijriah. Pada waktu itu, dia mendengar hadis dari beberapa ahli hadits, kemudian dia segera kembali ke negerinya di Naisabur.
Rehlah beliau
Rehlah dalam rangka menuntut hadis merupakan syi’ar ahlul hadits pada abad-abad pertama, kerana terpancarnya para pengusung sunnah dan atsar di berbagai belahan negeri Islam yang sangat luas. Maka Imam Muslim pun tidak ketinggalan dengan meniti jalan pakar disiplin ilmu ini, dan beliau pun tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam hal ini, kerana dalam sejarah beliau tertulis rehlah ilmiahnya, diantaranya;
Rehlah pertama; rehlah beliau untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 220 hijriah, ketika itu, dia masih muda ,usia belia, pada saat itu beliau berjumpa dengan syeikhnya, Abdullah bin Maslamah al Qa’nabi di Makkah, dan mendengar hadis darinya, sebagaimana beliau juga mendengar hadis dari Ahmad binYunus dan beberapa ulama hadis yang lainnya ketika di tengah perjalanan di daerah Kufah. Kemudian kembali lagi ke negerinya dan tidak memanjangkan masa rehlahnya pada saat itu.
Rehlah kedua; rehlah kedua ini begitu panjang dan lebih menjelajah kenegeri Islam lainnya. Rehlah ini bermula sebelum tahun 230 Hijriah. Beliau mengelilinginya dan memperbanyakan mendengar hadis, sehingga beliau mendengar dari bayak ahli hadis, dan mengantarkan beliau kepada derajat seorang imam dan maju di bidang ilmu hadits.
Beberapa negeri yang beliau lawati, di antaranya;
1. Khurasan dan daerah sekitarnya
2. Ar Ray
3. Iraq; beliau memasuki Kufah, Bashrah dan Baghdad.
4. Hijaz; memasuki Makkah dan Madinah
5. Asy Syam
6. Mesir

Guru-guru beliau
Perjalanan ilmiah yang dilakukan imam Muslim menyebabkan dirinya mempunyai banyak guru dari kalangan ahlul hadis. Al Hafizh Adz Dzahabi telah menghitung jumlah guru yang diambil riwayatnya oleh imam Muslim dan dicantumkan didalam kitab shahihnya, dan jumlah mereka mencapai 220 orang, dan masih ada lagi selain mereka yang tidak dicantumkan didalam kitab shahihnya
Di antara guru-guru beliau yang paling terkemuka adalah;
1. Abdullah bin Maslamah Al Qa’nabi, guru beliau yang paling tua
2. Al Imam Muhammad bin Isma’il Al Bukhari
3. Al Imam Ahmad bin Hambal
4. Al Imam Ishaq bin Rahuyah al Faqih al Mujtahid Al Hafizh
5. Yahya bin Ma’in, imam jarhu wa ta’dil
6. Ishaq bin Manshur al Kausaj
7. Abu Bakar bin Abi Syaibah, penulis buku al Mushannaf
8. Abdullah bin Abdurrahman Ad Darimi
9. Abu Kuraib Muhammad bin Al ‘Alaa`
10. Muhammad bin Abdullah bin Numair
11. Abd bin Hamid

Murid-murid beliau
Imam Muslim sibuk menyebarkan ilmunya di negerinya dan negeri-negeri Islam lainnya, baik dengan pena mahupun dengan lisannya, maka beliau pun tidak terlepas untuk membukukan hadits dan meriwayatkannya, sehingga banyak sekali para penuntut ilmu mengambil ilmu dari beliau.
Di antara murid-murid beliau ialah;
1. Muhammad bin Abdul wahhab al Farra`
2. Abu Hatim Muhammad bin Idris ar Razi
3. Abu Bakar Muhammad bin An Nadlr bin Salamah al Jarudi
4. Ali bin Al Husain bin al Junaid ar Razi
5. Shalih bin Muhammad Jazrah
6. Abu Isa at Tirmidzi
7. Ibrahim bin Abu Thalib
8. Ahmad bin Salamah An Naisaburi
9. Abu Bakar bin Khuzaimah
10. Makki bin ‘Abdan
11. Abdurrahman bin Abu Hatim ar Razi
12. Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin Asy Syarqi
13. Abu Awanah al-Isfarayini
14. Ibrahim bin Muhammad bin Sufyan al Faqih az Zahid.

Pandangan para ulama terhadap beliau
1. Ishak bin Mansur al Kausaj pernah berkata kepada imam Muslim: “ kami tidak akan kehilangan kebaikan selama Allah menetapkan engkau bagi kaum muslimin.”
2. Muhammad bin Basysyar Bundar berkata; “huffazh dunia itu ada empat; Abu Zur’ah di ar Ray, Muslim di An Naisabur, Abdullah Ad Darimi di Samarkand, dan Muhammad bin Isma’il di Bukhara.”
3. Muhammad bin Abdul Wahhab Al Farra` berkata; “(Muslim) merupakan ulama manusia, gedung ilmu, dan aku tidak mengetahuinya kecuali kebaikan.”
4. Ahmad bin Salamah An Naisaburi menuturkan; “Saya me¬lihat Abu Zur’ah dan Abu Hatim selalu mengutamakan Muslim bin al-Hajjaj dalam perkara hadits shahih berbanding para masyaikh zaman keduanya.
5. Ibnu Abi Hatim mengatakan: ” Saya menulis hadis darinya di ArRay, dan dia merupakan orang yang tsiqah dari kalangan huffazh, memiliki pengetahuan yang mendalam dalam masalah hadis. Ketika ayahku di Tanya tentang dia, maka dia menjawab; (Muslim) Shaduuq.”
6. Maslamah bin Qasim al Andalusi berkata; ” tsiqah, mempunyai kedudukan yang agung, termasuk dari kalangan para imam.”
7. Abu Ya’la Al Khalili berkata; “dia sangat familiar sekali untuk di sebutkan keutamaannya.”
8. Al Khatib Al Baghdadi berkata; “(dia) merupakan salah seorang a`immah dan penghafal hadits.”
9. As Sam’ani menuturkan; “termasuk salah seorang imam dunia.”
10. Ibnul Atsir berkata; “termasuk salah seorang dari para imam penghafal hadis.”
11. Ibnu Katsir berkata; “termasuk salah seorang dari para imam penghafal hadis.”
12. Adz Dzahabi berkata; ” Imam besar, hafizh lagi terjaga, hujah serta orang yang jujur.”

Hasil karya beliau
Imam Muslim mempunyai hasil karya dalam bidang ilmu hadits yang jumlahnya cukup banyak. Di antaranya ada yang sampai kepada kita dan sebagian lagi ada yang tidak sampai.
Adapun hasil karya beliau yang sampai kepada kita adalah;
1. Al Jami’ ash Shahih
2. Al Kuna wa Al Asma’
3. Al Munfaridaat wa al wildan
4. Ath Thabaqaat
5. Rijalu ‘Urwah bin Az Zubair
6. At Tamyiz
Sedangkan hasil karya beliau yang tidak sampai kepada kita adalah;
1. Al Musnad al Kabir ‘Ala ar Rijal
2. Al Jami’ al Kabir
3. Al ‘Ilal
4. Al Afraad
5. Al Aqraan
6. Su’alaat Muslim
7. Hadits ‘Amru bin Syu’aib
8. Al Intifaa’ bi`ahabbi as sibaa’
9. Masyaikhu Malik
10. Masyaikhu Ats Tsauri
11. Masyaikhu Syu’bah
12. Man laisa lahu illa raawin waahid
13. Kitab al Mukhadldlramin
14. Awladu ash shahabah
15. Dzikru awhaami al Muhadditsin
16. Afraadu Asy Syamiyyin

Wafatnya beliau
Imam Muslim wafat pada petang hari Ahad , dan dikebumikan di kampung Nasr Abad, salah satu daerah diluar Naisabur, pada hari isnin, 25 Rajab 261 H bertepatan dengan 5 Mei 875. dalam usia beliau 55 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan