salam ukhwah kepada semua,salam perkenalan dan salam persahabata...

Bismillahirahmaanirrahiim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillahi Rabbil A’laamiin,Pertama Sekali Kita Panjatkan Puji Kesyukuran Kita Kepada Allah Swt, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Hidayahnya Kepada Kita,Sehinggalah Kita Dapat Mengetahui Haq Dan Bathil,Halal Dan Haram. Juga Pada Saat Ini Kita Masih Lagi Diberikan Kesempatan Untuk Hidup Dimuka Bumi Ini.

Keduanya , Selawat Dan Salam Kita Curahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Mhammad Saw, Juga Segenap Kepada Ahli Keluarganya,Para Sahabat-Sahabatnya , Para Tabi’in Tabi’ahum Waman Tabi’ahum Bi Ihsanin Ila Yaumiddin,Para A’lim Ulama’ , Al,Ulama’ Warosatul Anbiya’, Dan Juga Kepada Semua Pejuang Agama Yang Telah Memperjuangkan Agama Allah Ini ,Sehinggalah Sampai Kepada Kita, Yang Masih Lagi Mendapat Cebisan-Cebisan Agama Ini. Atas Semua Amal Soleh Mereka,Niat Baik Mereka , Perjuangan Mereka, Kita Syukuri Dan Kita Doakan Semoga Allah Membalas Jasa Baik Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik. Aamiin..

Sabtu, 3 September 2011

Kisah Si Pokok Apple




''Kisah Si Pokok  Apple'' 
……… “Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok apple yang
amat besar.Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok apple ini setiap hari. Dia memanjat
pokok tersebut, memetik serta memakan appel sepuas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di bawah pokok apple tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi 
tempat permainannya. Pokok apple itu juga menyukai anak tersebut. Masa 
berlalu… anak lelaki itu sudah
besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi 
menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok apple tersebut. Namun begitu, suatu hari
dia datang kepada pokok apple
tersebut dengan wajah yang sedih.
“Marilah bermain-main di sekitarku, ” ajak pokok apple itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja
itu.
“Aku mahu permainan. Aku perlu wang untuk membelinya ,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pohon apple itu berkata, “Kalau begitu, petiklah/
apple-apple yang ada padaku.
Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang
kau inginkan.” Remaja itu dengan gembiranya memetik semua buah apple dari pokok itu dan pergi dari situ.
Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok apple itu merasa 
sedih. 
Masa berlalu…dan terus berlalu….
Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pokok apple itu merasa gembira. “Marilah bermain-main di sekitarku, ” ajak pokok apple itu.
“Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa
bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina sebuah rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku . Bolehkah kau menolongku ?” Tanya anak itu.
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi
kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya..
.” Pokok apple itu memberikan cadangan. Lalu, remaja yang semakin dewasa itu terus memotong ke
semua dahan-dahan pokok apple itu dan pergi
dengan gembiranya . Pokok apple itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Pada suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui 
pokok apple itu. Dia sebenarnya 
adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok apple tersebut. Dia telah pun menjadi dewasa dan semakin
dewasa.
“Marilah bermain-main di sekitarku, ” ajak pokok apple itu.
“Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang 
suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai perahu. Bolehkah kau menolongku ?” Tanya lelaki itu.
“Aku tidak mempunyai perahu untuk diberikan
kepada kau. Tetapi kau boleh memotong 
batang pokok ini untuk kau jadikan perahu. Kau akan
dapat belayar dengan gembira,” kata 
pokok apple itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang
pokok apple itu. Dia kemudian
pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
semakin di mamah usia, datang
menuju pokok apple itu. Dia adalah anak lelaki yang 
pernah bermain di sekitar pokok apple itu.
“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahan-dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat
perahu. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang 
hampir mati…” kata pokok apple itu dengan 
nada pilu.
“Aku tidak mahu buah applemu kerana aku sudah tidak
bergigi untuk memakannya , aku tidak mahu dahan-dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya
, aku tidak mahu batang pokokmu kerana 
aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa
lelah dan ingin beristirehat, ” jawab lelaki tua itu.
“Jika begitu, istirehatlah disisiku,” kata pokok apple itu. Lalu lelaki tua itu duduk
beristirehat disisi pokok apple itu dan beristirehat. Mereka berdua menangis kegembiraan. Tahukah anda. Sebenarnya , pokok apple yang dimaksudkan di dalam cerita ini adalah kedua ibu bapa kita. Waktu kita masih muda, kita 
suka bermain dengan mereka. Ketika
kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka
untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan 
melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan 
gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa 
anak lelaki itu bersikap kejam terhadap 
pokok apple itu, tetapi fikirkanlah, itulah hakikatnya kebanyakan dari anak-anak muda masa kini melayani ibu bapak mereka.
Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya 
menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun..


Allah SWT berfirman :
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua  ibu
bapanya, ibu yang mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkan-nya dengan susah payah (pula). Mengandungkannya sampai menghentikan peyusuannnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya
sampai empat puluh tahun ia berdo'a:
“Ya Tuhanku, tunjukanlah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau
berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya
aku dapat berbuat amal yang
soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku
dengan (memberi kebaikan)
kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri” [Q.S 46:15]..


rifaielhafeez354.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan