Pertama: Hadis Mutawatir
Al Mutawatir ialah: Hadis yang diriwayatkan oleh sekumpulan orang-orang yang mustahil mereka sepakat berdusta mengikutadat dan mereka menyandarkannya kepada sesuatu yang nyata.
Al Mutawatir terbahagi dua:
1. Mutawatir lafaz dan makna.
2. mutawatir makna
Mutawatir lafaz dan makna ialah hadis yang diriwayatkan oleh paraperawi yang sama, baik lafaz atau maknanya.
Mutawatir makna ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh paraperawi yang sama secara makna sahaja dan tiap-tiap hadismempunyai makna khusus.
Faedah hadis mutawatir terbahagi dua iaitu:
1. Ilmu ertinya sudah dipastikan benar penasabannya kepada orang yang menukil darinya.
2. 'Amal ertinya mengamalkan dari apa-apa yang terdapat di dalamnya dengan membenarkan apabila ia berbentuk khabar(berita) dan merealisasikan apabila ia berbentuk tuntutan.
Kedua: Hadis Ahad
Hadits Ahad ialah lawan dari hadis mutawatir. Iaitu hadis yang sanadnya tidak mencapai darjat mutawatir.
Hadits Ahad terbahagi 3 menurut jalan periwayatannya:
1. Hadits Masyhur: Hadis yang mempunyai jalan-jalan periwayatan yang terhad, lebih dari dua jalan, dan tidak mencapai darjatmutawatir.
2. Hadits Aziz: hadis yang diriwayatkan hanya oleh dua orang perawi sahaja.
3. Hadits Gharib: Hadis yang diriwayatkan sendirian oleh seorang rawi dalam salah satu tempoh rangkaian sanadnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan