Photobucket

salam ukhwah kepada semua,salam perkenalan dan salam persahabata...

Bismillahirahmaanirrahiim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillahi Rabbil A’laamiin,Pertama Sekali Kita Panjatkan Puji Kesyukuran Kita Kepada Allah Swt, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Hidayahnya Kepada Kita,Sehinggalah Kita Dapat Mengetahui Haq Dan Bathil,Halal Dan Haram. Juga Pada Saat Ini Kita Masih Lagi Diberikan Kesempatan Untuk Hidup Dimuka Bumi Ini.

Keduanya , Selawat Dan Salam Kita Curahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Mhammad Saw, Juga Segenap Kepada Ahli Keluarganya,Para Sahabat-Sahabatnya , Para Tabi’in Tabi’ahum Waman Tabi’ahum Bi Ihsanin Ila Yaumiddin,Para A’lim Ulama’ , Al,Ulama’ Warosatul Anbiya’, Dan Juga Kepada Semua Pejuang Agama Yang Telah Memperjuangkan Agama Allah Ini ,Sehinggalah Sampai Kepada Kita, Yang Masih Lagi Mendapat Cebisan-Cebisan Agama Ini. Atas Semua Amal Soleh Mereka,Niat Baik Mereka , Perjuangan Mereka, Kita Syukuri Dan Kita Doakan Semoga Allah Membalas Jasa Baik Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik. Aamiin..

Isnin, 25 Julai 2011

BERSYUKUR





Ramai orang tersalah sangka dengan kurniaan nikmat dalam hidupnya.
Selalu orang mengaitkan nikmat itu sebagai kegembiraan,kejayaan dan kekayaan.
Walaupun itu dikatakan sebagai nikmat,tapi ia bukan semata-mata nikmat daripada Maha Pemberi Rezeki.

Manusia selalu alpa jutaan nikmat yang Allah telah berikan kepadanya.Apatah lagi nikmat kesusahan yang pernah dia alami dulu. Nikmat kesenangan dan kegembiraan setelah ujian kesusahan dahulu.
"Maka adapun manusia,apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia berkata "Tuhanku telah memuliakanku".  Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezkinya, maka dia berkata "Tuhanku telah menghinaku" ( surah alfajr)

Sedarlah,apa yang Allah telah kurniakan kpd kita,adalah lebih daripada harapan kita. Insaan,usahlah lalai kepada Allah. Jika kita hendak bersyukur atas setiap nikmat Allah,pasti tidak akan terdaya kerana..
Allah berfirman, “Dan jika kalian menghitung nikmat Allah niscaya kalian tidak akan dapat menghitungnya”...

Ibnul Qayyim mengatakan, "Syukur termasuk kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada kedudukan redha. Dimana, sifat redha termasuk dalam syukur kerana mustahil syukur itu wujud tanpa redha"
Bukankah junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah contoh ikutan yg terbaik?
Bukankah Nabi Muhammad SAW sangat tinggi syukurnya kepada Allah?
Jadi,bagaimana dgn kita???

Usahalah untuk bersyukur semampu kita. Tiga faktor yang harus ada dalam konteks syukur secara bersungguh-sungguh adalah dengan lisan (dalam bentuk pengakuan dan pujian), dengan hati (dalam bentuk kesaksian dan kecintaan), serta dengan seluruh anggota tubuh (dalam bentuk amal perbuatan). Sebagai orang yang telah dikurniakan anugerah yang paling bernilai di muka bumi ini, marilah kita perbanyakkan bersyukur dan berdoa menjadi ahli syukur kerana Allah berfirman, “Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur” (Saba’:13)

“Ya Allah, tolonglah aku untuk sentiasa berzikir (mengingatiMu), mensyukuri (segala nikmat)Mu, dan beribadah dengan baik”. (HR. Abu Daud dan Nasa’i).  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan