- Objeknya adalah sanad dan matan dari segi diterima dan ditolaknya.
- Faedahnya membezakan antara hadis-hadis yang sahih dengan hadis-hadis yang sakit (cacat).
- Al Hadits ialah Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam baik dari segi perkataan atau perbuatan atau taqrir atau sifat
- Al Khabar ialah Pengertiannya sama dengan Al Hadis, dengan demikian ia ditakrifkan sama seperti al Hadis. ada juga yang berpendapat Al Khabar sebagai berikut: Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam atau yang selainnya. Dengan demikian pengertiannya lebih umum dan luas.
- Al Atsar, ialah Suatu yang disandarkan kepada sahabat dan tabi'in (generasi selepas sahabat). Al Atsar dimaksudkan dengan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam (hadits) apabila dalam satu kalimat ia disertakan kata Nabi shallallahu' alaihi wa sallam seperti perkataan: Dan dalam Atsar dari NabiShallallahu 'alaihi wa sallam (hadis Nabi).
- Hadits Qudsi ialah: Hadis yang diriwayatkan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dari Rabbnya (Allah Subhaanahu wa Ta'ala). Hadits Qudsi dinamakan juga Hadis Rabbani dan Hadis Ilaahi.Kedudukan Hadits Qudsi di antara Al-Quran dan Hadis Nabawi, tidaklah sama kerana Al-Quran disandarkan kepada Allah Ta'ala baik lafaz dan maknanya. Sedangkan Hadis Nabawi disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam baik lafaz dan maknanya dan Al Hadits Al Qudsi disandarkan kepada Allah Ta'ala secara makna tidak secara lafaznya dan kerana itu tidak bernilai ibadah di dalam membaca lafaznya dan tidak boleh dibaca dalam solat, dan tidak dinukil secara mutawattir (keseluruhannya) sebagaimana penukilan Al-Quran, akan tetapi sebahagiannya ada yang sahih, dhaif, dan maudhu.
- Sanad adalah: suatu jalan yang menyampaikan kepada matan atau suatu perantara yang menyampaikan kepada rawi hadis.
- Matan adalah: Suatu yang akan menyampaikan kepada sanad dari ucapan atau disebut juga redaksi hadis atau kandungan hadis
- Al-Musnad dari segi bahasa ialah disandarkan kepadanya.Sedangkan Al-Musnad menurut istilah ilmu hadits mempunyai beberapa erti:
• Setiap buku yang berisi kumpulan riwayat setiap sahabat secara tersendiri.
• Hadis yang sanadnya bersambung dari awal sampai akhir.
• Yang dimaksudkan dengan Al-Musnad adalah sanad, maka dengan makna ini menjadi masdar yang bermula dengan huruf mim (mashdar miimi).
- Al-Musnid: orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya, baik dia mempunyai pengetahuan terhadap hadis atau hanya sekadar meriwayatkan sahaja.
- Al-Muhaddits adalah orang yang berkecimpung dengan ilmu hadis sama ada secara periwayatan mahupun dirayah, menelaah berbagai riwayat serta keadaan para perawinya.
- Al-Hafiz Menurut kebanyakan ahli hadis sepadan dengan Al-Muhaddits. Sedangkan pendapat yang lain mengatakan bahawa Al-Hafiz darjatnya lebih tinggi dari Al-Muhaddits kerana yang dia ketahui pada setiap thabaqah (tingkatan / kedudukan) lebih banyak daripada yang tidak dia ketahui.
- Al Hujjah: Orang yang hafal tiga ratus ribu hadis beserta sanadnya.
- Al-Hakim menurut sebahagian ulama adalah orang yang menguasai semua hadits kecuali sebahagian kecil yang tidak dia ketahui.
- Ashhab As-Sunan: Para ulama penyusun kitab-kitab "Sunan" iaitu: Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa `i, dan Ibnu Majah.
Sumber : Lembaga Ilmu Dakwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan