Photobucket

salam ukhwah kepada semua,salam perkenalan dan salam persahabata...

Bismillahirahmaanirrahiim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillahi Rabbil A’laamiin,Pertama Sekali Kita Panjatkan Puji Kesyukuran Kita Kepada Allah Swt, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Hidayahnya Kepada Kita,Sehinggalah Kita Dapat Mengetahui Haq Dan Bathil,Halal Dan Haram. Juga Pada Saat Ini Kita Masih Lagi Diberikan Kesempatan Untuk Hidup Dimuka Bumi Ini.

Keduanya , Selawat Dan Salam Kita Curahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Mhammad Saw, Juga Segenap Kepada Ahli Keluarganya,Para Sahabat-Sahabatnya , Para Tabi’in Tabi’ahum Waman Tabi’ahum Bi Ihsanin Ila Yaumiddin,Para A’lim Ulama’ , Al,Ulama’ Warosatul Anbiya’, Dan Juga Kepada Semua Pejuang Agama Yang Telah Memperjuangkan Agama Allah Ini ,Sehinggalah Sampai Kepada Kita, Yang Masih Lagi Mendapat Cebisan-Cebisan Agama Ini. Atas Semua Amal Soleh Mereka,Niat Baik Mereka , Perjuangan Mereka, Kita Syukuri Dan Kita Doakan Semoga Allah Membalas Jasa Baik Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik. Aamiin..

Rabu, 17 Ogos 2011

ASHABUL KAHFI




Dari Nafi' diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Ada tiga orang dari umat sebelum kamu sekalian yang sedang mengadakan perjalanan. Tiba-tiba mereka ditimpa oleh hujan, maka mereka berteduh di dalam sebuah gua. (Tanpa disangka), gua tersebut menyekap mereka, (kerana pintunya tertutup oleh sebuah batu besar).

Maka ada sebahagian dari mereka yang berkata kepada yang lain:

"Demi Allah, tidak akan ada yang dapat menyelamatkan kita kecuali sifat jujur (keikhlasan), oleh kerana itu,, saya berharap agar masing-masing dari kita berdo'a (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala) dengan perantaraan (wasilah) suatu amal yang dia yakin dikerjakan dengan penuh kejujuran (keikhlasan).

Seorang dari mereka berdo'a:

"Ya Allah, Engkau maha mengetahui bahawa dulu aku punya seorang pekerja yang bekerja padaku dengan upah 3 gantang padi. Tapi, tiba-tiba dia pergi dan tidak mengambil upahnya. Kemudian aku ambil padi tersebut lalu aku tanam dan dari hasilnya aku belikan seekor sapi. Pada suatu ketika, dia datang kepadaku untuk menagih upahnya. Aku katakan padanya, 'Pergilah ke sapi-sapi itu dan bawalah dia'. Dia balik berkata, 'Upahku yang ada padamu hanyalah 3 gantang padi'. Maka aku jawab, 'Ambillah sapi-sapi itu, sebab sapi-sapi itu hasil dari padi yang tiga gantang dulu'. Akhirnya dia ambil juga. (Ya Allah), bila Engkau tahu bahawa apa yang aku perbuat itu hanya kerana aku takut kepadaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini)."

Tiba-tiba batu besar (yang menutupi gua itu) bergeser.

Seorang lagi berdo'a:

"Ya Allah, Engkau maha mengetahui bahawa aku mempunyai bapa-ibu yang sudah tua. Setiap malam aku membawakan untuk keduanya susu dari kambingku. Pada suatu malam aku datang terlambat pada mereka. Aku datang kala mereka sudah tidur lelap. Saat itu, isteri dan anak-anakku berteriak kelaparan. Kebiasanya aku tidak memberi minum buat mereka sehingga kedua orang tuaku terlebih dahulu diberi minum. Aku enggan membangunkan mereka, aku juga enggan meninggalkan mereka sementara mereka memerlukan minuman susu tersebut. Maka, aku tunggu mereka (bangun) sampai fajar menyingsing. (Ya Allah), bila Engkau tahu bahawa hal tersebut aku kerjakan hanya kerana takut padaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini).

Tiba-tiba batu besar itu bergeser lagi.

Yang lain lagi juga berdo'a:

"Ya Allah, Engkau tahu aku mempunyai saudari sepupu (puteri dari pakcik), dia adalah wanita yang paling aku cintai. Aku selalu menggoda dan membujuknya (berbuat dosa) tapi dia menolak. Hingga akhirnya aku memberinya (pinjaman) 100 dinar. (Jelasnya), dia memohon duit pinjaman dariku (kerana dia sangat memerlukan dan terpaksa), maka (aku jadikan hal itu sebagai helah untuk mendapatkan kehormatannya). Maka aku datang kepadanya membawa duit tersebut lalu aku berikan kepadanya, akhirnya dia pun memberikan kepadaku kesempatan untuk menjamah dirinya. Ketika aku duduk di antara kedua kakinya, dia berkata, 'Bertakwalah engkau kepada Allah, janganlah engkau merusak cincin kecuali dengan haknya'. Maka dengan segera aku berdiri dan keluar meninggalkan duit 100 dinar itu (untuknya). Ya Allah, bila Engkau tahu bahawa apa yang aku kerjakan itu hanya kerana aku takut kepadaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini)"

Tiba-tiba bergeserlah batu itu sekali lagi, dan Allah pun mengeluarkan mereka.

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan