salam ukhwah kepada semua,salam perkenalan dan salam persahabata...
Bismillahirahmaanirrahiim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillahi Rabbil A’laamiin,Pertama Sekali Kita Panjatkan Puji Kesyukuran Kita Kepada Allah Swt, Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan Hidayahnya Kepada Kita,Sehinggalah Kita Dapat Mengetahui Haq Dan Bathil,Halal Dan Haram. Juga Pada Saat Ini Kita Masih Lagi Diberikan Kesempatan Untuk Hidup Dimuka Bumi Ini.
Keduanya , Selawat Dan Salam Kita Curahkan Kepada Junjungan Besar Nabi Mhammad Saw, Juga Segenap Kepada Ahli Keluarganya,Para Sahabat-Sahabatnya , Para Tabi’in Tabi’ahum Waman Tabi’ahum Bi Ihsanin Ila Yaumiddin,Para A’lim Ulama’ , Al,Ulama’ Warosatul Anbiya’, Dan Juga Kepada Semua Pejuang Agama Yang Telah Memperjuangkan Agama Allah Ini ,Sehinggalah Sampai Kepada Kita, Yang Masih Lagi Mendapat Cebisan-Cebisan Agama Ini. Atas Semua Amal Soleh Mereka,Niat Baik Mereka , Perjuangan Mereka, Kita Syukuri Dan Kita Doakan Semoga Allah Membalas Jasa Baik Mereka Dengan Balasan Yang Lebih Baik. Aamiin..
Rabu, 17 Ogos 2011
ASHABUL KAHFI
Isnin, 15 Ogos 2011
NUZULUL QUR'AN..
Khamis, 11 Ogos 2011
WANITA IDAMAN LELAKI...
yang hatinya dibalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,
Wanita idaman lelaki ialah,
wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya....
Post By
RENUNGAN N KISAH INSPIRATIF
Salam ukhuwah fillah
Silakan kalau ada yang mahu tag ataupun share untuk teman
Semoga bermanfaat...
Amin...
Isnin, 8 Ogos 2011
CIRI-CIRI LELAKI YANG DICINTAI ALLAH
Sabtu, 6 Ogos 2011
Tips mengenal atau menjadi seorang lelaki berbudi pekerti yang baik..
2. Berfikir Matang. Sikap dan syahsah diri yang menunjukan kemampuan berfikir secara objektif dan mampu mengendalikan prasangka serta berfikiran yang terbuka .
3. Bekerja Keras. Sikap dan syahsiah diri yang suka berbuat positif, tidak suka berpaling tangan. Gigih dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
4. Bertanggung Jawab. Sikap dan syahsiah diri yang berani menanggung segala akibat dari perbuatan atau tindakan yang dilakukannya.
5. Berfikiran Jauh ke hadapan. Sikap dan syahsiah diri yang mamandang sesuatu untuk jangka panjang. Dengan semua tindakan yang dilakukan, memikirkan akibatnya tidak hanya untuk hari ini, tetapi untuk hari esok yang lebih baik.
6. Berhati Lembut. Sikap dan syahsiah diri yang menunjukkan kehalusan perasaan terhadap keadaan orang lain,
7. Jujur. Sikap dan syahsiah diri yang tidak suka berbohong, curang, juga dalam berkata apa adanya dan berani mengakui kesalahan.
8. Pemaaf. Sikap dan syahsiah diri yang suka memeberi kemaafan atas kesalahan orang lain dan tidak memendam rasa atas kesalahan orang lain.
9. Rendah Hati. Sikap dan syahsiah diri tidak suka menonjolkan dan bangga diri, walaupun hakikat kenyataannya lebih dari orang lain.
10. Sikap Adil. Sikap dan syahsiah diri yang tidak berat sebelah dalam memepertimbangkan keputusan, tidak memihak dan menggunakan perbandingan yang sama bagi semua pihak
11. Tegas. Sikap dan syahsiah diri yang tidak ragu-ragu. Berani mengambil keputusan pasti ,dengan segala risiko yang akan di hadapi walaupun dalam keadaan susah.
12. Tekun. Sikap dan syahsiah diri yang menunjukan kesungguhan dalam pekerjaan, penuh daya tahan dan sesuai dengan kemampuan serta tetap bersemangat dalam melakukan sesuatu.
13. Menepati Janji. Sikap dan syahsiah diri yang menunjukan berpegang pada janji dan bertanggung jawab dalam melaksanakan apa yang telah dipersetujui, baik pada diri sendiri mahupun bersama orang lain..
14. Terbuka. Sikap dan syahsiah diri yang menunjukan keterbukaan dalam menerima pendapat bahkan kritikan dari orang lain
15. Sabar. Sikap dan syahsiahnya yang menunjukan kemampuan mengendalikan diri dan tetap bertahan seperti keadaan semula dalam menghadapi berbagai masalah.
16. Rasa Kasih Sayang. Sikap dan syahsiahnya yang menunjukan kepekaan, ihsan dan belas kasihan kepada orang lain.
17. Berdikari. Sikap dan syahsiah diri yang lebih mengendalikan sesuatu mengikut kemampuan dan bertanggung jawab sendiri
18. Menghargai Karya Orang Lain. Sikap dan syahsiahnya menghargai hasil karya orang lain.
19. Berdisiplin. Sikap dan syahsiahnya menghargai tata tertib yang terdapat dalam sesuatu peraturan.
20. Hemat. Sikap dan perilaku yang menghargai dan memanfaatkan waktu, dana dan pikiran sesuai kebutuhan serta tidak menggunakan sesuatu secara berlebihan
Rabu, 3 Ogos 2011
Serangan Budaya / Pemikiran ( الغزو الفكري)
Seorang wanita bertudung labuh kelihatan sedang bersemangat mengajarkan sesuatu
kepada murid-muridnya. Dia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada sebatang kapur, dan di tangan kanannya pula ada sebiji pemadam. guru berkata, "Saya ada satu
permainan...
Begini caranya, di tangan kiri saya ini ada kapur, dan di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berteriaklah kamu wahai murid "Kapuuuuurrr.!", jika saya mengangkat pemadam ini, maka berteriaklah "Pemadaaaaammm!"
Murid muridnya pun memahami akan permainan guru mereka dan mengikutinya. Lalu guru itu berganti-ganti mengangkat diantara tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat... Beberapa saat kemudian guru tadi seraya berkata,
"Baiklah.. sekarang perhatikan. Jika saya mengangkat kapur, maka kamu semua berteriaklah "Pemadaaaammm" ,
jika saya angkat pemadam, maka semua berteriaklah "Kapuuuuurrr!".
Dan dijalankanlah aktiviti seperti tadi, sudah pasti munid-munid kebingungan dan sangat susah untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka boleh mengadaptasikan kembali, dan tidak lagi susah menyebutnya.. Selang beberapa saat kemudian, permainan berhenti ,, lalu guru tadi tersenyum kepada murid-munidnya…. Hehehe
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Pada mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas dapat membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita (yahudi nasrani) memaksa kita melalui pelbagai cara untuk memutar-belitkan sesuatu, kemudian yang haq menjadi bathil dan yang bathil menjadi haq. Pertama-tama mungkin susah bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat-laun pun kita terbiasa dan terpengaruh dengan hal itu. Dan kita mula mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti memutar-belit nilai-nilai tersebut".
"Hubungan bebas antara lelaki dan perempuan tidak lagi menjadi sesuatu yang agak penting, perzinaan pula tidak lagi menjadi persoalan,
pakaian mini menjadi hal yang lumrah, sex before married menjadi suatu
hiburan, bertudung tapi telanjang jadi mode, materialist dan permisive
kini menjadi suatu gaya hidup pilihan,dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, kamu semua sedikit demi sedikit
menerimanya. faham?" tanya Guru kepada murid-munidnya. "faham Cikgu..." ^_^
"Baiklah permainan kedua..."
Kemudian Guru tersebut meletak al-Quran di tengah-tengah karpet."Baiklah, sekarang kamu berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang berada di tengah karpet tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir habis-habisan... Ada yang punya alternatif dengan tongkat, kayu dan
lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, "baiklah, gulung karpetnya,
dan ambil Qur'annya... kan memenuhi syarat, tidak menginjak karpet."
"Murid-murid sekalian, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. . Musuh-musuh islam tidak akan menginjak-injak kita dengan secara terang-terangan. .. Kerana tentu kita akan menolaknya mentah-mentah. Budak nakal pun tidak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi musuh akan menggulung kita perlahan-lahan dari belakang, sehingga kita tidak sedar."
"Jika seseorang ingin membangun rumah yang kuat, maka tiangnya perlu kukuh dan kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau membongkar tiangnya terlebih dahulu, sudah semestinya hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dahulu, kerusi dipindahkan dahulu, almari diasingkan dahulu satu persatu, baru rumah dihancurkan" .
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita... mereka tidak akan menghantam secara terang-terangan, tapi mereka akan perlahan-lahan menarik kita. Dimulai dari perangai kita, cara hidup kita, model pakaian kita, dan lain-lain, sehingga walaupun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... Paham tidak wahai murid-murid?"
"Kenapa mereka tidak berani secara terang-terangan menginjak-injak Islam, Cikgu?"
tanya mereka.
"Sesungguhnya dahulu mereka secara terang-terangan menyerang islam, contohnya, Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar,
akhirnya roboh sama sekali.. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan
bangkit serentak, baru mereka akan sedar."
faham murid-murid?" "faham Cikgu.."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa
dahulu sebelum pulang..." J
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak murid itu keluar meninggalkan tempat
belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya.
Semoga bermanfaat dan barokah
جزا كم الله خيرا
Selasa, 2 Ogos 2011
wanita solehah
tidak banyak syarat yang dikenakan oleh islam untuk seorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari allah swt.
mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu ;
1- taat kepada Allah dan Rasulnya.
2- taat kepada suami.
berikut ini perincian lain dari 2 syarat diatas ;
1- taat kepada Allah dan Rasulnya.
bagaimanakah yang dikatakan taat kepada Allah..?
- mencintai Allah dan Rasulnya melebihi dari segalanya.
- wajib menutup aurat.
- tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
- tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada yang bersamanya.
- sering membantu dalam perkara kebaikan, kebenaran dan taqwa .
- berbuat baik kepada orang tua.
- sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
- tidak berkhalwat dengan lelaki lain.
- sikap baik sesama tetangga.
2- taat kepada suami.
- memelihara kewajipan terhadap suami.
- sentiasa menyenangkan suami.
- menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tidak berada di rumah.
- tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
- tidak keluar tanpa izin suami.
- tidak meninggikan suara melebihi suara suaminya.
- tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
- tidak menerima tamu yang dibenci oleh suaminya.
- sentiasa memelihara diri,kebersihan fizik & kecantikan serta rumah tangga.
KEJUJURAN SAUDAGAR PERMATA
- Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda, " Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki, dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah didalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat oleh lima imam kecuali imam Nasa'i)